Rabu, 03 Desember 2008

Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.
Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang rumah. Mati aku. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu aku duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.
Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan…
Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach. Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy Adham.
Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.
Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang tercalit di wajahnya.
Teruskan membaca…
Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki
10 Nov 2008
Kategori: Artikel Cinta 76 Ungkapan Cinta
Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
Teruskan membaca…
Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta
6 Nov 2008
Kategori: Laman Cinta 19 Ungkapan Cinta
Setiap hari kami menerima pelbagai kiriman email daripada pengunjung Tentang Cinta. Ada yang menghantarkan puisi cinta, ada yang menghantarkan kisah cinta, ada yang menghantarkan cerpen cinta dan pelbagai lagi. Tetapi, tidak semua kiriman yang dihantar dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta. Ini disebabkan terdapat beberapa kesilapan dalam artikel yang dikirimkan. Di sini, kami ingin memberikan panduan untuk penulisan artikel yang bagus dan dapat diterbitkan di Tentang Cinta.
1. Tajuk yang bersesuaianRamai yang menghantarkan kiriman artikel kepada kami. Artikelnya amat menarik tetapi masalahnya artikel itu tidak mempunyai tajuk atau tajuk yang diberikan tidak bersesuaian dengan artikel yang dikirimkan. Jadi, kami tidak dapat menerbitkan artikel tersebut di Tentang Cinta kerana tiada tajuk.
2. Pemerengganan tersusunPemerengganan artikel yang tersusun dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Banyak artikel yang kami perolehi daripada pengungjung tidak mempunyai pemerengganan yang tersusun. Segala ayat bercampur aduk dan kami sendiri tidak dapat menangkap di mana perbezaan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam artikel itu. Mana-mana artikel yang menarik tetapi pemerenggan yang tidak tersusun, akan kami emailkan semula kepada pengirim supaya membetulkan masalah tersebut dan hantarkan semula kepada kami.
Teruskan membaca…
Cinta Sejati Langit dan Laut
5 Nov 2008
Kategori: Kisah Cinta 214 Ungkapan Cinta
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Teruskan membaca…
FTC Kembali Beroperasi
4 Nov 2008
Kategori: Laman Cinta 1 Ungkapan Cinta
Forum Tentang Cinta (FTC) kini kembali beroperasi seperti biasa. Masalah subdomain yang berlaku pada tempoh hari sudah pun diperbaiki setelah pihak hosting yang juga penaja untuk laman Tentang Cinta ini, ServerFreak, telah bertungkus lumus bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.
Kepada anda yang belum lagi mendaftarkan diri di FTC, marilah beramai-ramai kita memeriahkan lagi FTC dengan menjadi ahli secara percuma. FTC merupakan sebuah forum yang menyediakan platform bagi anda untuk meluahkan perasaan, meminta pendapat dan bantuan, tolong antara satu sama lain dan juga sebagai tempat untuk anda berkenalan dengan rakan siber anda.
Mari, mari… Daftarkan diri anda hari ini juga…
Previous


1563 Peminat Tentang Cinta
Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Tidak ada komentar: